Jika anda mempunyai masalah untuk memulakan rutin sihat secara berstruktur, kini tidak lagi. Functional (F45) Training, sebuah gimnasium francais berasal dari Australia, kini dibuka secara rasmi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi memenuhi keperluan warga kota.

F45 Training Ampang menawarkan lebih 3,000 jenis latihan kecergasan dan senaman buat pelatih yang hadir di bawah pemantauan barisan jurulatih profesional, menurut pemiliknya Tengku Daud Shah di dalam satu majlis pelancaran di Jalan Ampang, hari ini.

“Pihak kami berhasrat menjadikan F45 Training sebagai hab sosial dengan fasiliti bertaraf dunia. Oleh itu, kami menawarkan lebih 3,000 jenis latihan dan senaman yang berbeza buat pelatih yang hadir dan dikendalikan oleh 8 jurulatih profesional yang berpengalaman.

“Istimewa di F45, setiap hari, minggu dan bulan, program latihan buat pelatih yang mendaftar masuk akan berubaha dari semasa ke semasa,” tambah beliau, di samping turut memaklumkan bahawa F45
Training Ampang merupakan cawangan ketiga, selepas KLCC dan Mont Kiara.

Selain menyasarkan pembukaan cawangan di seluruh Malaysia, cawangan F45 Training dijangka akan dibuka di Damansara West, PJ New Town, Mid Valley, Bangsar, Damansara Heights, Mutiara Damansara dan Desa Park dalam waktu terdekat.

Berkonsepkan gimnasium ekspres, F45 Training Ampang telah beroperasi selama tujuh bulan dan kini dibuka semula kepada umum setelah menjalani pengubahsuaian selama 3 minggu.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri bekas pemain ragbi kebangsaan dan pemain bola sepak UiTM FC, Anwarul Hafiz, selebriti Hannah Tan dan penyanyi kumpulan Pretty Ugly, Neves.

MENGENAI F45 TRAINING AMPANG

Alamat: No 326, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Laman Web:- https://f45training.my/Ampang/

Emel:- ampang@f45training.my

Laman Media Sosial:-
Facebook: https://www.facebook.com/f45ampang
Instagram: @f45_training_ampang