Connect with:




Sukan seni bela diri semakin popular pada masa kini. Di Barat, UFC menjadi ikutan ramai begitu juga dengan Bellator. Asia pula berbangga dengan kehebatan para petinju mereka dalam ONE Championship.

Pemasaran hebat dari promoter membuatkan siri-siri acara MMA ini mendapat tempat di hati pengikut MMA termasuk di Malaysia. Ramai yang bercita-cita untuk menjadi profesional dan bintang MMA terkemuka. Namun persoalan di sini, adakah sudah cukup acara-acara domestik untuk petinju Malaysia menonjolkan bakat sebelum beraksi di peringkat yang lebih tinggi?

Jawapannya, belum cukup. Maka disinilah munculnya F3 CHAMPIONSHIP atau lebih dikenali sebagai F3 yang menjadi platform untu atlet amatur dan profesional memperagakan bakat pertarungan mereka.

Bagi pengasas F3, Mazuki Ismail, peminat MMA di Malaysia dahagakan pertandingan-pertandingan tempatan kerana siara langsung siri antarabangsa sahaja tidak cukup.

“Memang tak cukup (kejohanan MMA) di Malaysia. Sebab itu kami menganjurkan F3 ini” kata Mazuki yang berpengalaman luas dalam membentuk petinju-petinju di Malaysia.

Menceritakan sejarah F3, Mazuki memberitahu F3 bermula pada 2007 dimana ketika itu ia dikenali sebagai MFK (Msia freestyle free contact) di Kelantan.

“Penyertaan yang diterima cukup positif maka pada 2013, kami mula besarkan kejohanan menjadikannya dikenali sebagai F3. Semasa itu, ia khas untuk petinju profesional sahaja malah turut ditayangkan secara langsung di siaran Astro OASIS.

“Memasuki 2018, F3 kini sudah dianjurkan sebanyak 21 kali dengan anggaran 3 hingga 4 kali penganjuran untuk setiap tahun” katanya ketika ditemui di Stadium Titiwangsa, September lalu sempena acara THE RING FIGHT siri pertama.

Tambah Mazuki, penganjuran acara ini memberi ruang dan peluang untuk gimnasium dan kelab-kelab MMA di luar sana mengetengahkan peninju baharu mereka dengan yuran yang sangat berpatutan.

“Peserta cuma perlu membayar RM 50 sahaja. Dengan kos tersebut, mereka akan menerima medal, sijil dan beraksi di atas gelanggang di hadapan ribuan penonton.”

__________________________________________________

Baca artikel penuh mengenai F3 CHAMPIONSHIP di e-majalah Dunia Sukan edisi 69 dengan memuat turun secara percuma laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.