Kuala Lumpur: Jelajah Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia akan melabuhkan tirainya buat kali terakhir pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perlumbaan kali ini yang bertemakan ‘F1nale’ menjadi peluang terakhir untuk peminat melihat sukan bertaraf dunia ini berlansung di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyeru kepada semua peminat tempatan untuk hadir dan menyaksikan perlumbaan terakhir Formula 1 di Malaysia pada hujung minggu ini.

“Datanglah pada hujung minggu ini kerana ini adalah acara yang terakhir, tiada lagi pada tahun depan, kalau tiada tiket, belilah”

“diharap peminat akan membanjiri F1nale tahun ini, di sini nanti pelbagai aktiviti akan diadakan dalam menyambut hari terakhir F1 di Malaysia”, katanya.

Buat penganjuran terakhir kali ini, SIC menyasarkan seramai 103,000 penonton dan mensasarkan 80 peratus daripada keseluruhan tiket dijual.

Foto Kredit: Sepang circuit