Formula One (F1) bakal melebarkan sayapnya dengan mengadakan satu perlumbaan di Vietnam sebagai tambahan saingan di Asia namun masih mengekalkan Eropah sebagai tonggak sukan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F1 Chase Carey, pihaknya telah berbincang dengan jawatankuasa Vietnam bagi menganjurkan perlumbaan dekat jalan raya di Hanoi pada tahun 2020, tetapi sehingga kini masih belum menemui kata putus.

Selepas Malaysia menamatkan perlumbaan F1, Vietnam bakal menjadi perlumbaan kelima di Asia berikutan pasaan peningkatan penaja seperti Heineken.

“Kami teruja untuk membangunkan peluang permotoran di Asia terutamanya Vietnam yang mampu membuka mata dunia.

“Sukan berkenaan ingin mencari ‘platform hebat dan mewujudkan perlumbaan yang hebat yang mampu menggegarkan dunia serta menjadi destinasi dimahukan setiap orang,” tambahnya.

Dia turut memberitahu Asia merupakan rantau utama kerana menjadi ‘enjin pertumbuhan’ dunia.

Foto Kredit: Grand Prix 247