Connect with:




ExxonMobil sedang memperluaskan perniagaan global dan perkongsian teknikal mereka dengan Porsche melalui penggabungan dengan pembuat kereta mewah Jerman itu pada kereta siri Formula E mereka untuk musim 2019/2020. Perkongsian baharu itu melambangkan kemasukan pertama ExxonMobil ke dalam sukan bermotor elektrik.

Bermula dari perlumbaan pertama di Arab Saudi pada akhir tahun ini, ExxonMobil akan menyediakan cecair rangkaian kuasa elektrik berprestasi tinggi berjenama Mobil kepada Porsche, yang dibangunkan khusus untuk memenuhi permintaan khas bagi kenderaan elektrik.

“Kemasukan kami ke dalam Formula E dengan Porsche bukan sahaja melambangkan satu pengembangan kepada perhubungan perniagaan kami yang berjaya, tetapi juga satu pengembangan dalam satu perkongsian yang berjaya dalam perlumbaan,” kata Russ Green, naib presiden, pelincir siap di ExxonMobil. “Ketika Porsche mula untuk bersaing dan menunjukkan keupayaan teknologi kenderaan elektrik mereka, ExxonMobil sedang perekayasaan satu suite lengkap pelincir berjenama Mobil untuk membantu pasukan Formula E Porsche yang baharu itu membina di atas legasi kejayaan perlumbaan di seluruh dunia. Sukan bermotor menyediakan gelanggang pembuktian yang muktamad untuk terus membangunkan pelincir dan cecair yang berprestasi tinggi.”

Kenderaan yang bersaing di dalam sukan bermotor elektrik mendapat manfaat daripada teknologi pelincir berprestasi tinggi yang menyediakan kelebihan khusus yang diperlukan bagi pek bateri kereta termasuk kebolehaliran elektrik, keupayaan penyejukan dan keserasian bahan.

“Sebagai sebuah rakan teknikal utama bagi lebih 20 tahun, tidak ada pembekal pelincir lain yang memahami falsafah prestasi Porsche seperti ExxonMobil,” kata Fritz Enzinger, naib presiden, Porsche Motorsport. “ExxonMobil bukan sahaja merupakan sebuah rakan yang berharga bagi perniagaan komersial kami, tetapi sebuah rakan sepasukan yang penting di dalam usaha kami untuk meraih kejayaan dan kejohanan dari Sebring sehingga ke Le Mans. Mereka merupakan penambahan semula jadi kepada pasukan Formula E kami ketika kami memasuki satu era baharu di dalam perlumbaan yang menarik untuk Porsche.”

Perkongsian teknikal baharu itu menyertai senarai ExxonMobil yang sedia ada dalam aktiviti sukan motorsport global dengan Porsche termasuk Kejohanan Endurance Dunia, Kejohanan IMSA WeatherTech SportsCar, Porsche Mobil 1 Supercup, Piala Porsche Carrera dan pelbagai aktiviti perlumbaan pelanggan di seluruh dunia.