Pemain Marseille, Patrice Evra telah diusir keluar padang sebelum perlawanan Liga Europa menentang Vitoria de Guimaraes selepas melancarkan serangan ke atas penyokong, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku selepas bekas pemain Man United dan Juventus itu terbabit dalam perang mulut dengan sekumpulan penyokong Marseille.

Rata-rata penyokong telah melompat dari kawasan tempat duduk mereka, membawa kepada pergaduhan dengan pengawai keselamatan terpaksa bergegas untuk meleraikan ketegangan.

Badan bola sepak Eropah, UEFA berkata Evra telah diberikan kad merah tanpa penjelasan lanjut.

 

PEMAIN YANG DILAYANGKAN KAD MERAH PALING BANYAK DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

1)      Vinnie Jones (12 kad merah)

2)      Felipe Melo (14 kad merah)

3)      Yannick Cahuzac (17 kad merah)

4)      Pablo Alfaro (18 kad merah)

5)      Paolo Montero (21 kad merah)

6)      Alexis Ruano Delgado (22 kad merah)

7)      Sergio Ramos (23 kad merah)

8)      Cryil Rool (27 kad merah)

9)      Gerardo Bedoya (46 kad merah)

 

Foto Kredit: Alchetron