Connect with:




Jaringan tunggal Theo Walcott memastikan Everton mengutip tiga mata penuh ke atas Newcastle United, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut melonjakkan kelab Merseyside itu ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, kedudukan tertinggi musim ini selepas permulaan hambar dalam kempen liga.

Pemain Newcastle, Ayoze Perez hampir memecah kebuntuan pada minit ke-50 namun tersasar sebelum Walcott meledak gol kemenangan beberapa saat kemudian hasil hantaran daripada Yannick Bolasie. -Reuters

Sumber : My Metro

Foto Kredit : express(dot)co(dot)uk