Persatuan Bola Sepak Selangor memberi petunjuk untuk menggugurkan dua pemain dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Armaiyn.

Dalam pada itu, Selangor FA memberi isyarat bahawa duo Indonesia itu kemungkinan digugurkan pada jendela perpindahan kedua selepas mereka gagal mempamerkan aksi cemerlang ketika perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu lepas yang berakhir dengan keputusan seri.

“Pemain import tidak boleh memilih perlawanan untuk menunjukkan aksi yang baik. Mereka harus jadi lebih baik daripada pemain tempatan,” kata ketua jurulatih, Nazliazmi Nasir.

“Sewaktu menentang JDT, mereka  bermain dengan baik. Tetapi pihak pengurusan akan memberi kata putus tentang masa depan mereka, bersama dengan import lain. Mereka akan mengadakan mesyuarat dan saya akan memberi laporan mengenai persembahan pemain. ”

Keputusan Sabtu lalu menyaksikan Red Giants berada di kedudukan kelapan selepas 10 perlawanan, satu kedudukan yang tidak begitu bagus selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras.

Banyak harapan telah diletakkan kepada Ilham dan Evan untuk memperbaiki prestasi skuad Selangor, seperti pemain asal mereka iaitu, Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas yang membantu Selangor pada masa lalu.

Setakat ini, hanya pemain berasal dari Sepanyol ,Rufino Segovia sahaja yang menyinar dan dia telah menjaringkan sebanyak lapan gol selain penampilannya yang sentiasa menyerlah di setiap perlawanan.

Sementara itu, Alfonso De La Cruz, Willian Pacheho dan Rufino Segovia adalah import lain dalam pasukan.

Selepas Liga Super Malaysia bermula pada 22 Julai, Selangor bakal beraksi menentang PKNP FC sehari kemudian.

Pada masa itu, mereka mungkin sudah mempunyai wajah asing baru untuk skuad The Red Giants.