Connect with:




Tumpuan acara ONE: EDGE OF GREATNESS pada 22 November ini di Singapura pastinya tertumpu kepada pertemuan merebut kejuaraan muay thai ONE Bantamweight antara Nong-O Gaiyanghadao menentang Saempetch Fairtex.

Bagaimanapun, acara utama bersama dijangka lebih mendapat perhatian kerana adanya penampilan hero tempatan iaitu Amir Khan. Lebih menarik, Amir selaku bintang Singapura akan beraksi menentang seteru dari negara jiran, Ev Ting yang merupakan bintang Malaysia-New Zealand.

Bagi Ev Ting, ia adalah pertarungan yang cukup ditunggu-tunggu dirinya.

“Sebelum ini, ONE Championship pernah memuat naik grafik di Instagram, menanyakan kepada orang ramai siapa yang patut menjadi lawan seterusnya buat Amir.

“Saya telah memberi komen disitu. Beberapa tahun sebelum itu juga, Amir pernah menyuarakan hasrat untuk menentang saya.

Impian kedua-dua atlet ini untuk bertarung sesama sendiri akhirnya bakal terlaksana pada 22 November ini di Stadium Tertutup Singapura.

Ev Ting yang berpengkalan bersama Auckland MMA baru sahaja bangkit untuk menang di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu menerusi kemenangan bergaya ke atas Daichi Abe sementara Amir Khan telah tewas 3 pertarungan berturut-turut dalam tempoh 6 bulan terakhir ini.

Ev Ting mengakui senario yang menimpa Amir itu pasti membuatkan lawannya berkobar-kobar dan bersemangat untuk menang bagi menamatkan rekod kekalahan tersebut namun dia sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaiknya nanti.

“Saya telah mempertingkatkan keseluruhan corak pertarungan saya dengan meminimumkan kesilapan serta memaksimumkan serangan.

Bagi Ev, dia hanya ada dua perkataan untuk diberikan kepada Amir Khan – “Cabaran diterima!”