Connect with:




Esports julung kalinya dalam sejarah bakal menjadi salah satu acara perebutan pingat dalam penganjuran Sukan Sea pada edisi tahun depan di Filipina.

Memetik Laporan Filipina, perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA, Alan Peter Cayetano dalam sidang akhbar di Pasay City.

“Kami amat teruja dan seronok kerana mempunyai esports menjadi sukan pingat dalam Sukan SEA dengan kerjasama Razer.

“Sukan ini adalah sebahagian penting dalam masyarakat kini,” kata Cayetano.

 Sukan berkenaan bakal menyaksikan sebanyak enam pingat emas dipertaruhkan membabitkan tiga acara iaitu dua menggunakan konsol dan selebihnya mobile dan komputer.

Hal ini sebagai suatu inisiatif Persekutuan Sukan Elektronik Asia yang mengiktiraf sukan tersebut sebagai sukan yang mampu memberi saingan pada kejohanan sukan-sukan yang diadakan di Asia.

Foto: Razer