Dua lebuhraya terkemuka di Lembah Klang iaitu BESRAYA dan NPE bakal menjadi venue menarik buat semua penggemar sukan larian menerusi penganjuran acara IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017 melibatkan kerjasama antara IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad.

Besraya Highway Challenge bakal menguji peserta menempuh cabaran menyusuri lebuh raya Besraya sepanjang 13km dan 6km pada 30 Julai 2017 sementara NPE Highway Challenge menawarkan jarak larian separuh maraton sepanjang 21 km dan 10km pada 10 September 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon berkata, laluan lebuh raya ini merangkumi 28.3 km di mana ia menghubungkan kawasan Salak Selatan, Jalan Ampang dan Jalan Istana.

“Larian bermula di Plaza Tol Loke Yew ke Pandan Indah melalui Jalan Istana dan Salak Selatan sebelum berpatah balik ke Plaza Tol Loke Yew.

“Bagi acara kedua pula, ia akan bermula di KM2.4 Lebuh raya NPE berhadapan Sunway Pyramid. Lebuh raya ini akan ditutup sepenuhnya seperti yang telah dilakukan pada 4 empat acara larian antarabangsa yang pernah dianjurkan di sini (2007, 2011, 2012 dan 2013) di mana ia berjaya menarik penyertaan seramai 14,000 peserta.

“Untuk penganjuran kali ini, Lebuh raya NPE memperkenalkan laluan larian baharu sehingga ke Taman Desa dan acara ini juga akan melibatkan tiga daerah di bawah seliaan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu DBKL, MBPJ dan MPSJ,” jelasnya yang memaklumkan lebuh raya yang terbabit dengan larian ini akan ditutup semasa larian.

Pemenang bagi hadiah keseluruhan iaitu peserta terpantas daripada gabungan catatan masa bagi kedua-dua acara ini bagi kategori utama (13km & 21km) akan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan paling menarik tanggungan ke salah satu acara maraton terkemuka di dunia. Setiap peserta juga akan mendapat penajaan pakaian dari Brooks.

Kepada yang berminat, anda boleh menyertai salah satu dari dua acara larian tersebut TETAPI jika anda mendaftar kedua-duanya dengan awal, anda berpeluang menikmati pakej penjimatan istimewa. Anda boleh mula mendaftar di laman web http://www.ijmhighwayrun.com/. Kaunter pendaftaran turut dibuka di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.

EMPAT SLOT LARIAN UNTUK DIMENANGI

Bersempena dengan acara ini, Dunia Sukan menawarkan 4 slot percuma untuk dimenangi pengikut Dunia Sukan. Dua slot acara 6km BESRAYA Highway Challenge dan dua slot 10km NPE Highway Challenge berpeluang untuk anda menangi. Caranya sangat mudah. Kami akan adakan 4 kuiz, masing-masing satu website kami (www.duniasukan.com) dan sosial media (facebook / twitter dan instagram).

Bagi kuiz yang pertama, jawab soalan di bawah ini –

DIMANAKAH IJM ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE 2017 AKAN DIADAKAN?

Hantarkan jawapan anda ke alamat email myduniasukan@gmail.com sebelum 13 Jun 2017 jam 12 tengahmalam.

Bagi kuiz ini, satu slot untuk acara 6km Besraya Highway Challenge akan diberikan kepada pemenang. Jadi apa tunggu lagi, hantarkan jawapan anda segera!