Siapa sahaja yang tidak teruja melihat gadis muda yang cantik mampu mengalahkan pemain wanita luncur ais (figure skating) nombor satu dunia pada Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang, semalam.

Alina Zagitova, 15 bertarung habis- habisan untuk mengalahkan rakan senegaranya, Evgenia Medvedeva, pemain nombor satu dunia sekaligus menamatkan musim kemarau emas atlet Rusia di Sukan Olimpik edisi kali ini.

Alina Zagitova (OAR) memberi persembahan dalam acara ladies figure skating short program di Pyeongchang 2018 Olympic Winter Games Kredit: Robert Deutsch-USA TODAY Sports

Pada mulanya, Zagitova dan Evgenia terikat dengan mata yang sama dalam acara “free skating” dan hal ini amat jarang berlaku dalam arena luncur ais. Namun pada acara women’s single short programme, Evgenia memecahkan rekod dunia sendiri dengan mencatat 81.61 mata sebelum rekodnya dirampas oleh Zagitova lima belas minit kemudian iaitu 82.92 mata.

Evgenia Medvedeva (OAR) memenangi pingat perak dalam acara ladies figure skating short program di Pyeongchang 2018 Olympic Winter Games Kredit: Golden Skate

Menurut Huffington Post, rekod yang dipecahkan oleh Zagitova berpunca dari tiga lompatan padu sehingga mampu merampas rekod rakannya itu.

Bagi tempat ketiga, Kaetlyn Osmond telah memenangi pingat gangsa sekaligus menghadiahkan satu pingat buat Kanada yang telah merangkul sebanyak 3 pingat secara keseluruhan dalam acara “figure skating”.

Sebelum ini,  Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya membenarkan seramai 168 atlet Rusia sahaja yang boleh bertanding di bawah bendera neutral sebagai “Atlet Olimpik dari Rusia” disebabkan skandal doping.

Foto Kredit: NBC