Connect with:




Selepas tiga tahun berehat, atlet jalan kaki negara, Elena Goh Ling Yin bakal muncul semula buat pertama kali di peringkat antarabangsa dalam acara 20km.

Elena dijangka bakal membuat penampilannya itu pada 2 Jun ini dalam Kejohanan Jalan Kaki De La Coruna, Sepanyol.

Menurut Berita Harian, dia sedang menjalani latihan secara berperingkat bagi acara 20km. Apa yang lebih mengujakan, dia bakal memberi fokus dalam acara ini di semua kejohanan antarabangsa.

“Sebelum ini, saya mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut selepas Sukan SEA Singapura 2015 lalu. Justeru, selepas dari kecederaan itu, tumpuan saya hanyalah pada acara 5km dan 10km,” kata pemenang pingat emas acara 10,000 meter (m) jalan kaki wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

“Saya cuba untuk mempamerkan aksi terbaik dalam acara ini. La Coruna merupakan kejohanan pertama saya dalam acara 20km selepas tiga tahun bereha daripada menjalani latihan dalam acara ini.

Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin untuk merekodkan catatan masa terbaik bagi beraksi di Sukan Asia.

Foto Kredit : Facebook MSN