Gaya hidup yang sihat datangnya daripada gaya pemakanan kita seharian. Pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan sistem pencernaan mengalami masalah.

Di bawah ini merupakan beberapa tips untuk anda amalkan supaya sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih baik.

1.Teruskan mengunyah

Salah satu tips mudah yang memberikan kesan besar terhadap sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah.

Perbuatan Mengunyah seringkali dipandang ringan, tetapi ianya merupakan salah satu cara yang berkesan bagi proses pencernaan. Lebih banyak anda mengunyah lebih sedikitlah kerja yang perlu dilakukan selepas itu.

2. Pengurangan Berat Badan

Berat badan yang berlebihan merupakan salah satu faktor masalah pencernaan makanan. Hal ini berlaku kerana injap yang diletakkan di antara perut dan esophagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut masuk kembali ke esofagus. Seeloknya kurangkanlah berat badan anda.

3. Minum air

Lebihkan meminum air putih dalam kehidupan seharian anda kerana cara ini dapat membantu proses pencernaan anda dilakukan dengan lancar. Minum air dengan jumlah yang banyak memudahkan makanan melepasi usus dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar.

4. Senaman

Lakukanlah senaman sekurang-kurangnya dengan berjalan atau berjogging. Mengangkat beban ataupun melakukan yoga juga baik untuk masalah pencernaan anda. Cara ini amat sesuai untuk membolehkan makanan di dalam perut anda dihadam dengan lancar.

5. Berhenti merokok

Merokok memberikan kesan negative kepada sistem pencernaan anda sekaligus boleh melemahkan injap anda dan menyebabkan pedih ulu hati. Merokok boleh mengakibatkan risiko kanser perut. Seeloknya berhentilah merokok untuk pencernaan yang sempurna.