Terdapat banyak langkah yang boleh anda ambil untuk mengubah tingkah laku dan gaya hidup untuk membantu anda tidur. Berikut adalah beberapa petua untuk mengalahkan insomnia.

Bangun pada waktu yang sama setiap hari

Anda perlu bangun pada waktu yang sama setiap hari untuk melatih badan anda untuk bangun pada masa yang tetap. Cara ini adalah yang paling berkesan kepada mereka yang mempunyai kesukaran tidur. Cara ini juga membantu minda mengembalikan putaran tidur.

Elakkan tidur di waktu siang

Anda disarankan melatih tidur hanya pada waktu malam. Jika anda tidur di siang hari, kebarangkalian anda akan berasa cergas hingga ke waktu malam. sekiranya sukar untuk anda berasa mengantuk, Lakukan pelbagai aktiviti di luar agar anda tidak mudah berasa mengantuk. Pengorbanan tidak akan datang bergolek jika anda tidak melakukan perubahan dari sekarang.

Lakukan senaman setiap hari

Senaman yang kerap dapat meningkatkan kualiti tidur. Jika anda minat bersukan contohnya seperti bermain bola sepak. Anda dinasihatkan bermain pada waktu petang apabila pulang dari kerja. Ianya juga dapat meningkatkan kecergasan otot selain anda dapat berkomunikasi bersama rakan. Walau bagaimanapun, cuba elakkan bersenam di waktu malam kerana ia bolehr boleh memberi kesan perangsang pada badan. Anda boleh melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga jam sebelum ke bilik tidur.

Hadkan aktiviti di atas katil

Gunakan bilik tidur anda hanya apabila berasa mengantuk. Jika anda seseorang yang mengalami insomnia elakkan penggunaan alatan elektronik seperti telefon, radio dan television kerana ia akan meransang minda anda untuk kekal berjaga.

Jangan makan atau minum sebelum tidur

Makan pada lewat malam atau snek sebelum tidur boleh mengaktifkan sistem penghadaman. Sekiranya anda mengalami refluks gastroesophageal (GERD) atau pedih ulu hati, susun semula jadual pemakan kepada lebih awal. Di samping itu, anda perlu minum banyak air sebelum tidur supaya boleh mengatasi pundi kencing.

Buat persekitaran tidur anda selesa

Suhu, lampu, dan bunyi bising perlu dikawal untuk menjadikan bilik tidur tenteram. Suasana bilik perlu nyaman dan selesa. Anda boleh gunakan minyak wangi untuk berasa tenang dan selesa. Jika perlu, mandi sebelum tidur kerana ia boleh membuat anda berasa nyaman dengan wangian sabun serta mengelakkan anda dijangkiti kuman.

Kurangkan tekanan

Terdapat beberapa terapi kaedah pengurangan tekanan yang mungkin anda ingin cuba untuk merehatkan minda dan badan sebelum tidur. Salah satu contoh, tarik nafas panjang kemudian hembus perlahan-lahan. Lakukan sehingga anda terlena. Teknik ini sangat sesuai kepada mereka yang menghidap insomnia. Selain itu, pejamkan mata anda sehingga tertidur tetapi jangan terlalu memaksa.