Connect with:




Pemain squash dari Mesir, Nour El Tayeb berjaya menempah slot ke perlawanan akhir apabila menewaskan wakil dari England, Sarah-Jane Perry dalam kejohanan Windy City Open.

Bagaimana pun ia bukan perlawanan yang mudah apabila Tayeb memerlukan masa 73 minit sebelum mengesahkan kemenangan dalam 5 set pertarungan, 11-6. 11-9, 3-11, 14-16, 11-7.

Tayeb (kiri) Sherbini (kanan) bertemu dalam pusingan suku akhir. Foto Kredit : Nour el Sherbini

Tayeb juga berjaya menyingkirkan pemain yang berada di ranking number 1 dunia yang juga rakan senegara beliau, Nour El Sherbini di peringkat suku akhir. Beliau berjaya mencata kemenangan 10-12, 11-13, 11-9, 11-9, 11-7 dalam masa 77 minit.

Dalam perlawanan akhir nanti, Tayeb akan berjumpa sama ada Joelle King atau Ranem El Welily yang akan bertarung untuk memburu slot ke perlawanan akhir nanti.

Sumber Kredit: Psa World Tour