Connect with:




Baru-baru ini, Cadbury telah membawa seorang bekas bintang Liga Perdana Inggeris ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan kempen Cadbury FC kepada peminat liga tersebut di Malaysia. Pernah membintangi Liverpool dan Spurs selain menyarung jersi kebangsaan England, bintang yang dimaksudkan ialah Jamie Redknapp.

Dunia Sukan diberi kesempatan dari penganjur untuk menemubual Redknapp dalam satu majlis yang diadakan di The Score, Bandar Utama. Peluang tersebut tidak dilepaskan kami untuk mengajukan beberapa soalan eksklusif kepada beliau.

Berikut 5 soalan yang kami berikan kepada Redknapp berserta jawapan:

1) Sebagai seorang anak kepada jurulatih dan pengurus ternama (Harry Redknapp), adakah status tersebut memberi lebih banyak tekanan atau satu kelebihan?

2) Adakah Spurs mampu menamatkan kemarau trofi dibawah kendalian Jose Mourinho?

3) Siapakah pemain Liverpool pilihan anda?

4) Apakah pandangan anda terhadap penganjuran EURO 2020 yang menyaksikannya dianjurkan di pelbagai venue sekitar Eropah berbanding satu hos tetap?

5) Apakah anda bersetuju dengan keputusan FIFA untuk menambah penyertaan pasukan di Piala Dunia dari 32 ke 48 bermula edisi 2026 nanti?