Manchester City berjaya melengkapkan perpindah penjaga gol Brazil, Ederson Moraes pada nilai 34.7 juta pound sterling semalam.

Perpindahan tersebut secara tak langsung telah meletak Ederson sebagai penjaga gol kedua termahal dalam sejarah bola sepak selepas Gianluigi Buffon yang menyertai Juventus daripada Parma.

Lengkapan perpindahan penjaga gol Brazil, Ederson daripada Benfica telah disahkan oleh Manchester City semalam.

Menurut Ederson, dia sukakan segala mengenai Manchester City kerana pasukan itu merupakan pasukan yang hebat.

Tambahnya, pasukan Manchester City memiliki penyokong yang menakjubkan dan cara bermain bola sepak yang menghiburkan.

“Saya sentiasa bercita-cita untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini saya merealisasikanya.”

Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain berbesar hati membawa Ederson dalam pasukannya.

“Dia adalah penjaga gol termuda yang terbaik di Eropah dan kehadirannya membantu skuad ini menjadi lebih mantap pada musim hadapan dan musim seterusnya,” kata Txiki.