Connect with:




Pemain Manchester City, Ederson berharap dapat menjadi penjaga gol pertama yang menjaringkan gol musim ini.

Ederson, 24, menikmati musim pertamanya di England dengan cemerlang selepas berpindah dari Benfica.

Seramai 13 orang pemain telah menjaringkan 98 gol untuk City dalam kempen liga musim ini namun kurang lima gol daripada rekod yang dipegang Chelsea pada musim 2009-10.

“Jika Pep (Guardiola) mahukan saya mengambil sepakan penalti, saya bersedia. Saya ingin jaringkan gol,” katanya.

Setakat ini, hanya lima penjaga gol yang pernah menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris – Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard, dan Asmir Begovic.

Pemain Brazil itu merekod statistik terbaik dalam hantaran bola dan ketepatan hantaran untuk seorang penjaga gol sekali gus membantu City memenangi gelaran liga meskipun berbaki lagi lima perlawanan.

Sumber : BBC Sport

Foto Kredit : premierleague(dot)com