Connect with:




Bekas juara dunia lightweight UFC dan Bellator, Eddie Alvarez bakal menyertai siri pertarungan MMA terbesar di Asia, ONE CHAMPIONSHIP.

Berita tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong pada Selasa.

Eddie yang berasal dari Philadelphia mempunyai pengalaman 36 pertarungan profesional sejak 2003 dengan 29 daripadanya berakhir menerusi kemenangan berpihak kepadanya.

Beliau yang dikenali sebagai ‘The Underground King’ pernah beraksi menentang beberapa nama besar dalam MMA seperti Connor McGregor, Rafael Dos Anjos, Dustin Poirer dan Anthony Petis.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden ONE Championshio, Matt Hume serta Sityodtong sendiri kerana sanggup bersabar dan mengambil masa untuk menjadikan perkara ini satu realiti.

“Saya sangat teruja dan gembira. Kepada peminat ONE Championship, The Underground King akan hadir untuk memburu tali pinggang lightweight” kata Eddie.

Kehadiran Eddie dalam ONE Championship pastinya mengujakan peminat MMA yang mahukan trilogi pertarungan epik beliau dengan Shinya Aoki direalisasikan. Kedua-dua pertarung ini pernah bertemu dua kali sebelum ini di siri Bellator dengan kedua-duanya memegang rekod sama iaitu satu menang dan satu kalah.

Selain Eddie dan Aoki, kategori lightweight ONE Championship turut mempunyai bakat-bakat hebat seperti Amir Khan, Eduard Folayang, Martin Nguyen, Shannon Wiratchai dan Ev Ting