Connect with:




Piala Dunia 2018 yang gemilang sudah pun berakhir dengan kemenangan Perancis membenam Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik dan menghiburkan Ahad lalu.

Lantaran itu, untuk menghargai usaha para pemain, EA Sports  telah memberi satu penghargaan istimewa dengan menaikkan rating setiap pemain yang menerima anugerah ketika Piala Dunia didalam FIFA 18’s World Cup mode.

Walaupun Croatia tewas di perlawanan akhir, Luka Modric diiktiraf sebagai pemain terbaik kejohanan (bola emas). Ini bukanlah perkara pelik memandangkan 5 dari 6 pemenang pemenang Bola Emas sebelum ini juga datang dari pasukan yang tewas di final.

Modric mempamerkan prestasi hebat sepanjang kejohanan sekaligus layak mendapat rating yang tinggi.

Sementara itu, Kylian Mbappe yang berusia 19 tahun dari pasukan Perancis,  memenangi anugerah Pemain Muda dek aksi yang menakjubkan ketika perlawanan akhir di Rusia. Hal ini membuktikan dia merupakan remaja kedua yang pernah menjaringkan gol dalam perlawanan final Piala Dunia mengikuti jejak langkah Pele.

Bagi statistik dalam permainan, dia mempunyai beberapa skor yang sempurna sebanyak 99 dalam ‘finishing’, dribbling, ‘heading’ dan stamina. Dia merupakan pemain paling tinggi di Piala Dunia dengan rating lompatan sebanyak 91, refleks sebanyak 94, tepisan 93, sepakan 78 dan positioning 93.