Connect with:




e-Majalah

EDISI 66 (JULAI 2018)

Tumbukan halilintar bakal menanti lawan kepada petinju meningkat naik, Theena Tayalan yang mengharungi naik turun dalam karier tinjunya. Terdapat juga artikel-artikel menarik seperti sukan speedcubing, memancing, bolasepak amputee dan banyak lagi.

EDISI 65 (JUN 2018)

DS TROOPERS merupakan mereka yang bekerja di belakang tabir dalam penghasilan majalah Dunia Sukan serta kandungan-kandungan digital. Setiap daripada mereka berkongsi mengenai peranan masing-masing. Turut dikongsikan dalam edisi kali ini adalah kejayaan Emma Firyana, skuad ragbi negara, Nur Mushawwir dan ramai lagi.

EDISI 64 (MEI 2018)

Keluaran khas sempena Piala Dunia 2018 di Rusia menampilkan previu eksklusif kesemua 32 pasukan bertanding serta info-info menarik mengenai penganjuran temasya paling ditunggu-tunggu kaki bola ini. Juga kami bawakan artikel istimewa mengenai bintang MMA negara yang juga pelakon filem aksi, Theeban yang semakin meningkat naik.

EDISI 63 (APRIL 2018)

Edisi kali ini kami ketengahkan bintang-bintang sukan wanita. Ann Osman - ratu MMA negara beralih karier dari dalam gelanggang ke luar gelanggang. Namun karier baharunya masih lagi bergelar dengan pentas seni mempertahankan diri campuran. Apakah tugasan baharunya itu? Syakirah Naza pula jaguh jetski yang menongkah arus menandingi peserta-peserta lelaki. Tidak ketinggalan, adik beradik Nurul Izzati dan Nur Aina selaku bidadari 4x4.

EDISI 62 (MAC 2018)

Rufino Segovia merupakan senjata yang cukup berbahaya untuk pasukan Selangor. Penyerang Sepanyol ini berkongsi kenangan berlatih bersama-sama Fernando Torres dan Mateja Kezman ketika bersama Atletico Madrid. Jangan lupa untuk membaca artikel mengenai dua bintang hoki negara, Najmi Farizal dan Razi Rahim.

EDISI 61 (FEBRUARI 2018)

Bergelar juara dunia pastiya menjadi kenangan manis buat Syaidatul Afifah. Ikuti detik manis yang dikongsinya ketika beliau dan rakan-rakan sepasukan menamatkan kemarau di Las Vegas. Bagaimana Loque mendapat idea menghasilkan lagu untuk KL2017? Tahukah anda kewujudan jenama motosikal berkuasa tinggi - INDIAN MOTORCYCLE yang punya prestij tersendiri?

EDISI 60 (JANUARY 2018)

Pengendali skuad bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee menjadi topik utama untuk edisi kali ini menjelang aksi Kejuaraan AFC Bawah 23 di China. Ketahui peranan MK BOSKAY FC sebagai pasukan \'pemanas badan\' untuk pemain profesional di Malaysia sebelum memulakan saingan liga. Baca juga perjalanan karier ketua pasukan kriket negara, Anwar Arudin yang mencipta sejarah tersendiri di negara luar.