Pengurus pasukan Perak, Mehmet Durakovic berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dengan menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan malam tadi.

Pengendali berpengalaman itu menyifatkan bahawa apa yang penting adalah pasukan dapat meraih tiga mata penuh untuk menempuhi liga yang masih berjalan.

Tambahan pula, pada perlawanan malam tadi, beliau banyak menyenaraikan barisan pemain simpanan ekoran daripada pemain utama perlu direhatkan.

Mehmet juga turut dapat merasakan kekecewaan para penonton ynag datang ke stadium untuk menyaksikan mutu permainan yang baik dari pasukan mereka seperti yang pasukan mereka menumbangkan Pahang pada suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad lalu.

Pada perlawanan malam tadi, gol tunggal bagi pasukan Perak hadir pada minit ke-24 sudah memadai buat pasukan tuan rumah untuk mengutip tiga mata berharga pada perlawanan malam tadi.

Tegasnya lagi, pencapaian ini juga sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pemain untuk mengharungi baki perlawanan dalam saingan Liga Super dan peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Foto Kredit: Asiana.MY