Connect with:




Pengurus Juventus, Max Allegri memberitahu bahawa pemainnya, Douglas Costa akan menerima denda dan digantung dalam masa yang ‘panjang’ berikutan perbuatannya yang memalukan semasa aksi menentang Sassuolo

Bintang Brazil itu dibuang padang selepas meludah, dan menjatuhkan Federico Di Francesco dalam aksii kemenangan 2-1, malam tadi.

Di Francesco bertindak balas dengan tenang tehadap perbuatan yang menjijikkan itu sebelum pengadil menunjukkan kad merah kepada Costa – (selepas melalui VAR).

“Saya terkejut dengan tindakannya, dia dikenakan kad merah dan penggantungan dalam masa yang lama,” kata Allegri.

Allegeri turut menegaskan Costa, 28 akan digantung sebanyak minimum tiga perlawanan.

Sementara itu, Costa memuat naik satu kenyataan permohonan maaf di laman media sosial Instagram semalam.

“Saya mahu memohon maaf kepada semua penyokonh Juventus atas reaksi saya yang keterlaluan semasa perlawanan hari ini,” kata Costa.

Pada 2015, bekas penyerang Newcastle, Papiss Cisse dan bekas pemain pertahanan Manchester United, Jonny Evans dikenakan penggantungan tujuh dan enam perlawanan kerana kesalahan yang sama iaitu meludah.