Masih belum puas lagi kita meraikan kemenangan yang diraih Rafiq Ismail sebagai juara dalam Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Hong Kong, muncul satu lagi berita gembira daripada skuad regu negara selepas gandingan Adrian Ang-Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya menepis lawan dalam perlawanan final sekali gus merangkul pingat emas pada kejohanan yang sama, semalam.
Perlawanan berkenaan menyaksikan mereka berjaya menewaskan EJ Tackett dan Andrew Anderson daripada Amerika Syarikat dengan jatuhan pin 433-370.
Dalam perlawanan sebelum ini, Ang-Tun Ameerul Hakim berjaya meletakkan pasukanke pusingan final selepas menumpaskan pemain Kanada, Dan MacLelland-Francois Lavoie 458-412.
Hal ini turut menyaksikan kita berjaya melakar sejarah manis apabila ini merupakan kali pertama skuad tenpin negara memenangi memenangi acara ini semenjak diperkenalkan pada tahun 1979.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Boling Lelaki Dunia adalah menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo pada tahun 1979 – Bernama