Connect with:




Selepas 19 tahun berkhidmat mewakili Malaysia, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket.

Keputusan tersebut dibuat atas faktor kesihatan. Chong Wei sebelum ini pernah menghidap kanser hidung sehingga terpaksa membuat rawatan di Taiwan selama dua bulan.

Dalam sidang media yang diadakan di Menara KBS tengahari tadi, Chong Wei memberitahu beliau telah berbincang mengenai persaraan ini dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Chong Wei turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong karier badmintonnya sejak tahun 2000 lagi.

Sementara itu, dunia badminton merakamkan penghargaan terhadap lagenda berusia 36 tahun itu. Antara yang memberi penghargaan ialah Saina Nehwal, Srikanth Kidambi dan Vivian Hoo.