Cenderahati istimewa yang dihasilkan untuk memperingati sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 telah dipasarkan, bagi pengumpul duit syiling mereka boleh medapatkan cenderahati ini menerusi Nubex Sdn Bhd melalui urusniaga atas talian (online).

 

Berat bagi duit syiling tersebut dalam lingkungan 5.95gram dengan 99.9% perak tulen, didatangkan dengan lakaran logo sukan yang berprestij serta dua keping perak yang boleh dipisahkan.

 

“Syiling tersebut mempunyai norbor siri yang unik di mana ianya dihasilkan dalam 2000 unit dengan rm35 sekeping.

 

“Berdasarkan respon yang amat dasyat bagi syiling edisi terhad yang lalu, seperti duit syiling sempena Hari Kemerdekaan baru baru ini laris dijual di pasaran kurang dari satu jam selepas dipasarkan, jadi kami jadikan duit syiling yang terbaru ini untuk memperingati sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 sebai memperingati hari bersejarah ini.” Ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Bakhtiar Abd Majid.

 

Tambahnya, dengan adanya penghasilan duit syiling ini, dapat menyuntik semangat para atlet untuk terus mengharumkan nama Malaysia dalam temasya yang berprestij ini.

Nubex Sdn Bhd adalah pengedar sah bagi cenderahati yang eksklusif bagi sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017.

Foto Kredit: The Sun Daily