Connect with:




Hukuman denda antara RM500 000 dan RM1.5 juta yang dikenakan ke atas sepuluh pasukan Liga Malaysia (Liga M) itu kemungkinan akan dipotong terus melalui geran tahunan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMMLP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, denda atas kesalahan gagal melengkapkan dokumen pendaftaran musim ini menyebabkan sepuluh pasukan itu tidak akan menerima bayaran penuh geran tahunan.

“Pada Rabu ini, semua pasukan Liga Super dan Liga Perdanaakan mendapat duit geran tahunan kecuali pasukan yang menerima hukuman, kami akan potong terus mengikut jumlah denda yang dikenakan.

“Walaubagaimananapun, jika denda berkenaan dipertimbangkan selepas rayuan dibuat, kami akan memulangkan semula geran tahunan itu.

“Keputudsan rayuan akan dilakukan oleh ahli lembaga pengarah FMLLP dan kami berharap dapat mengetahui keputusan itu sebelum Kongres FMLLP pada 25 Mac ini,” katanya.

Dalam pada itu, geran tahunan dinaikkan daripada RM1juta kepada RM3 juta untuk pasukan Liga Super. Manakala, bagi pasukan Liga Perdana pula, akan menerima RM1 juta berbanding RM500 000 susulan FMLLP dengan penaung baru, TUnku Ismail Sultan Ibrahim berjaya mengingkatkan nilai hak penyiaran serta penajaan syarikat luar.

Namun, pasukan yang bermasalah hanya akan menerima separuh daripada jumlah geran tersebut akibat denda yang dikenakan.

Pemotongan tiga hingga enam mata bagi pasukan yang terbabit juga ditangguhkan hingga 31 Disembar depan.

“Jika tarik diri, mereka mesti bertanggungjawab kepada pemain dan penyokong. Setakat ini, masih tiada pasukan yang secara rasmi mengumumkan untuk penarikan diri.

“Apabila kami memotong mata sebelum ini, mereka tidak kesah. Bila kami mengenakan dendna yang tinggi, baru mereka sedar. Ada yang kata denda ini terlalu tinggi. Kalau tidak tegas, sikap mereka tidak akan berubah,” jelasnya.

Foto Kredit: NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM