Connect with:




Pemain badminton perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain dan regu campuran negara, Goh Soon Huat- Shevan Jemie Lai meneruskan persaingan apabila layak ke suku akhir hari ini dalam Kejohanan Terbuka India.

Iskandar Zulkarnain yang menewaskan wakil tuan rumah, Kidambi Srikanth 21-19, 21-17 dan akan bertemu seorang lagi wakil tuan rumah diperingkat suku akhir, Samer Verma.

Ini merupakan pertemuan kali kedua mereka dan pertemuan pertama mereka dimenangi oleh Iskandar.

Goh Soon Huat- Shevan Jemie Lai juga menewaskan wakil tuan rumah, Shivam Sharma- S Ram Poorvisha 21-10, 21-16. Di suku akhir nanti, mereka akan bertemu dengan pilihan keenam kejohanan dari China, He Jiting- Du Yue.

Mereka pernah berjumpa sebelum ini namun keputusan lebih memihak kepada wakil China dan di harapkan dalam kejohanan kali ini, wakil negara mampu menewaskan pasangan dari China ini.

Foto Kredit : FB Badminton Association of Malaysia – BAM