Connect with:




Maria Sharapova berkata bahawa dia tidak menyangka dapat berlatih bersama dengan jaguh Sepanyol, Rafael Nadal di Terbuka Itali.

Bintang tenis Rusia itu dilihat memukul bola bersama Nadal di gelanggang tanah liat di Foro Italico.

Sharapova mengatakan yang dia tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk meminta izin berlatih bersama Nadal.

“Saya nampak dia di gelanggang sebelah lalu saya berkata kepada pasukan saya, “Ianya bagus jika saya berjumpa dengan Nadal dan bertanya adakah dia sudi memukul bola bersama saya”?

“Mereka sukakan idea itu dan saya rasa ia tidak menjadi kesalahan jika berlatih bersama,”

“Bukannya saya mempelawanya ke temujanji kekasih jadi saya terus lakukakannya. Rafa mesti pelik dengan saya ,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia ini berkata menerusi akaun Twitternya,” Dua minit di gelanggang bersama GOAT@RafaelNadal #BucketList, memang mendebarkan.

Sumber : My Metro

Foto Kredit : ain(dot)jo