Connect with:




Dua lelaki cedera selepas ditikam berikutan keganasan yang berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan semasa aksi kelayakan Liga Europa antara Rangers menentang kelab dari Croatia, Osijek di Glasgow.

Difahamkan, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 40 tahun itu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Memetik laporan BBC, insiden tersebut berlaku di lokasi yang hampir dengan Stadium Ibrox, menyaksikan kedua-dua pasukan dijadual bermain pada perlawanan timbal balik pusingan kelayakan kedua Liga Europa.

“Sesipa yang mempunyai maklumat, sila tampil bagi membantu siasatan kami. Kami tidak aaan bertoleransi terhadap tingkah laku ganas ini.

“Amat penting kepada sesiapa yang berada di kawasan berhampiran menyaksikan atau merakam untuk menghubungi kami,” ujar Detektif Inspektor Steven Wallace.

Perlawanan berkesudahan seri 1-1 dengan Rangers mara ke pusingan ketiga kejohanan sejurus menang 1-0 dalam aksi pertama pada minggu lalu.

Foto Kredit: Sky News