Dua jaringan dari penyerang Manchester United, Romelu Lukaku membolehkan skuad Jose Mourinho melangkah ke suku akhir dalam saingan Piala FA apabila menewaskan Huddersfield Town 2-0 awal pagi tadi.

Man. United berjaya membuka jaringan seawal minit ke-3 apabila hantaran dari rakan sepasukan, Juan Mata berjaya disempurnakan oleh Lukaku. Berselang beberapa minit kemudian, pasukan tuan rumah mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan namun ia gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Juan Mata berjaya mengukuhkan kedudukan Man. United apabila menjaringkan gol kedua untuk pasukannya. Namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana mendapati kedudukan Mata berada dalam kedudukan ‘ofsaid’ setelah melihat beberapa kali sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bermula dengan ‘counter attack’ dari Man. United dan permainan satu-dua antara Lukaku dengan Sanchez akhirnya berjaya membuahkan hasilkan apabila lorongan Sanchez kepada Lukaku berjaya disudahkan pada minit ke-55.

Pada peringkat suku akhir nanti, Man. United akan menerima kunjungan Brighton & Hove Albion yang akan berlangsung pada 18 Mach bulan.

Kemenangan ini juga salah satu tonik untuk skuad kendalian Jose Mourinho yang akan turun dalam saingan UCL untuk menentang wakil kelan Sepanyol, Sevilla.

Foto Kredit : FB Manchester United