Connect with:




Umum mengetahui Temasya Sukan SEA Filipina 2019 hanya mempertandingkan acara Hoki Dalam Dewan di mana acara tersebut akan berlangsung dari 4 hingga 10 Disember 2019 di Laguna, Filipina.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sebelum ini telah meletakkan sasaran untuk skuad lelaki mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu sementara sasaran untuk merangkul pingat emas juga diletakkan kepada skuad wanita yang membawa pulang pingat gangsa pada edisi 2017.

Lawan yang menanti skuad lelaki negara pada edisi kali ini ialah Thailand, Singapura, tuan rumah, Filipina dan Myanmar sementara skuad wanita pula perlu berdepan dengan Thailand, Kemboja, Singapura dan tuan rumah, Filipina.

KHM pada Rabu mengumumkan barisan 12 pemain bagi lelaki dan wanita yang akan menggalas misi di temasya yang memasuki edisi ke-30 itu dan berdasarkan daripada senarai tersebut, bagi skuad lelaki yang dibimbing oleh jurulatih Muhammad Amin Rahim mengekalkan tujuh pemain daripada skuad Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sementara bagi skuad wanita pula yang diterajui oleh jurulatih Muhammad Dharmaraj Abdullah mempertaruhkan enam pemain senior yang cukup sinonim dalam saingan hoki padang serta memiliki pengalaman yang tidak perlu diperkatakan lagi pastinya akan menjadi ramuan tambahan untuk mereka memburu pingat emas pada edisi 2019 ini.

Selain itu dapat dilihat juga, pengendali negara, Dharmaraj Abdullah mengekalkan tiga pemain yang beraksi bersama skuad 2017 iaitu Ellya Syahirah Ellias, Nur Aisyah Yaacob dan Qasidah Najwa Muhamad Halimi untuk bersama skuad kali ini.

Skuad lelaki dan wanita negara akan berlepas ke Filipina pada 2 Disember ini iaitu dua hari sebelum Temasya Sukan SEA 2019 bagi acara hoki dalam dewan membuka tirai secara rasmi.

Berikut merupakan senarai penuh 12 pemain skuad dalam dewan lelaki dan wanita yang akan menggalas misi di Sukan SEA ke-30, Filipina 2019.

Senarai 12 pemain lelaki:

  1. Khairul Affendy Kamaruzaman (Penjaga gol)
  2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (Penjaga gol)
  3. Shazril Irwan Nazli
  4. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah
  5. Muhammad Firdaus Omar
  6. Muhammad Aminudin Mohd Zain
  7. Muhammad Najmi Farizal Jazlan
  8. Mohd Hanip Che Halim
  9. Shello Silverius
  10. Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad
  11. Faridzul Afiq Mohd
  12. Rafizul Ezry Mustafa

Senarai 12 pemain wanita:

  1. Farah Ayuni Yahya (Penjaga gol)
  2. Siti Rozailah Syuhada Jilon (Penjaga gol)
  3. Juliani Mohamad Din
  4. Iren Hussin
  5. Ellya Syahirah Ellias
  6. Raja Norsharina Raja Shabudin
  7. Nuraini Abdul Rashid
  8. Noor Hasliza Md Ali
  9. Nur Aisyah Yaacob
  10. Nur Afiqah Syahzani Azhar
  11. Qasidah Najwa Muhamad Halimi
  12. Wan Norfaiezah Md Saiuti

 

Jadual perlawanan skuad wanita peringkat round robin.

Rabu 04 Disember (7.30 malam) lawan Filipina

Khamis 05 Disember (3.45 petang) lawan Singapura

Sabtu 07 Disember (5.00 petang) lawan Thailand

Ahad 08 Disember (6.15 petang) lawan Kemboja

 

Jadual perlawanan skuad lelaki peringkat round robin.

Khamis 05 Disember            (5.00 petang) lawan Myanmar

Jumaat 06 Disember (5.00 petang) lawan Singapura

Sabtu 07 Disember (3.45 petang) lawan Thailand

Ahad 08 Disember (7.30 malam) lawan Filipina