Connect with:




Suruhanjaya pendakwaraya mengenakan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.05 juta) dan penggantungan selama sembilan bulan ke atas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov manakala denda AS$50,00 (RM205,358) pula diterima Conor McGregor selain pergantungan selama enam bulan susulan pergaduhan berat sehingga mencetuskan kekocohan di Las Vegas, 6 Oktober lalu.

Dalam kejadian berkenaan, pergaduhan antara mereka meletus sejurus Nurmagomedov berjaya mempertahankan gelarannya dan dia dikatakan tidak melepaskan cengkamannya biarpun McGregor sudah mengalah.

Malah, petinju dari Russia itu turut keluar gelanggang dan menyerang ahli kumpulan McGregor biarpun rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan insiden berkenaan berpunca dari kata-kata kesat yang dihembur oleh pihak Mcgregor.

Kedua-dua hukuman itu berkuatkuasa pada 6 Oktober –tarikh pertarungan berlangsung – dan hukuman penggantungan Nurmagomedov boleh dikurangkan sebanyak tiga bulan jika dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyebarkan mesej kempen anti buli.

Jika Nurmagomedov menyertai kempen berkenaan, dia boleh kembali semula ke gelanggang bermula 6 April depan.

Sementara itu, Nurmagomedov menyifatkan hukuman yang diberikan tidak adil terhadap dirinya memuatnaik entri di Twitter berkata: “Politik selamanya.”

Pengurusnya,  Ali Abdel Aziz juga meluahkan rasa kurang senang dengan hukuman itu dan dia menegaskan perkara berkenaan juga merupakan satu pembulian yang tidak masuk akal.

“Saya fikir ia tidak adil. Perbezaan denda yang ketara dan sememangnya ia suatu pembulian terhadap pihak kami,” katanyak epada ESPN.

Dalam perkembangan lain, Audie Attar selaku pengurus Mcgregor pula memuat naik kenyataan lain di media sosia dengan berkata: “Kami rasa bersyukur dengan keputusan yang dibuat suruhanjaya dan ia sekaligus membolehkan peminat kembali menyaksikan pejuang mereka kembali ke Octagon.”- Reuters

Foto: Sportskeeda