Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk mengembalikan semula gandingan beregu emas negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk menempuhi siri kejohanan bagi tahun 2018.

 

Sebelum ini, gandingan emas negara dipisahkan gara-gara penurunan prestasi mereka serta memberi pendedahan yang luas terhadap pemain-pemain muda

Foto Kredit: Badminton Planet

V Shem-Wee Kiong dan Ee Yi-Yew Sin akan menghadapi kejohanan yang terdekat bagi memantapkan lagi gandingan mereka untuk kejohanan Piala Thomas tahun hadapan.

 

Gandingan ini juga akan menghadapi kejohanan yang berbeza antara mereka oleh kerana peraturan baharu yang ditetapkan oleh BWF di mana tiada pusingan kelayakkan bagi Tahap 2 dan 3 (Siri Super Premier dan Siri Super) manakala kejohanan Tahap 4 dan 5 (Grand Prix Emas dan Grand Prix)

 

Jika mereka masih kekal dengan gandigan lama, mereka juga dikhuatiri tidak akan layak di kejohanan Tahap 2 dan 3, jadi mereka bergandingan semula dengan gandingan pasangan asal mereka.

 

Foto Kredit: Buro Malaysia