Connect with:




Legenda kelab bola sepak Chelsea, Didier Drogba membuat keputusan untuk ‘menggantung but’  setelah dia dilihat tidak bermain dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (USL).

Pemain berusia 40 tahun itu sebelum ini memberi bayangan bahawa 2018 merupakan tahun akhir beraksi di liga professional setelah 20 tahun mengutip pengalaman sebagia pemain bola sepak.

Sehubungan itu, dia yang juga merupakan bekas penyerang antarabangsa Ivory Coast disenaraikan bersama Phoenix Rising yang merupakan kelab pemilikan bersama Drogba bagi saingan Liga USL tetapi dia tidak turun dalam perlawanan tersebut.

“Saya membuat keputusan untuk menamatkan perjalanan karier selepas 20 tahun. Ini sekaligus dapat membantu beberapa bakat muda yang lain untuk mengembangkan karier mereka.

“Memberikan sesuatu dalam perlawanan adalah cara terbaik untuk bersara selepas banyak belajar di dalam padang,” katanya.

Untuk rekod, pemenang dua kali Pemain Terbaik Tahunan Afrika itu telah memenangi empat Piala FA, empat trofi Liga Perdana Inggeris, dan tiga Piala Liga ketika dia bergelar penjaring utama The Blues.

Foto: NDTV Sport