Connect with:




 

Didier Drogba akan menamatkan karier beliau selaku pemain profesional hujung musim ini dalam saingan Liga Bola Sepak United (USL) bersama pasukan Phoenix Rising.

Nama Drogba dalam arena bola sepak tidak perlu di sangkal lagi dek kejayaan demi kejayaan yang diraihnya ketika beliau bersama dengan kelab yang di wakilinya.

Foto Kredit : Zeenews(dot)india(dot)com 

Kemuncak karier Drogba adalah ketika bersama Chelsea apabila beliau membantu kelab ini menjuarai EPL sebanyak empat kali. Ketajaman ketika di atas padang dan bijak memanfaatkan peluang menjadikan beliau antara pemain yang sering jadi tumpuan ketika itu.

Foto Kredit : dailymail(dot)co(dot)uk

Selain kejayaan itu, beliau juga meraih beberapa kejayaan lain seperti menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) 2011-2012, Piala FA empat kali (4) , Commun Shield (2), Piala EFL (3) dan beberapa lagi anugerah peribadi yang diraih oleh beliau.

Foto Kredit : fb EAG – En Avant de Guingamp

Kini legasi beliau akan di teruskan oleh anaknya, Isaac Drogba, 17, yang menyertai kelab Ligue 1, Guingamp, Liga Perancis. Mampukah anaknya mengulangi kejayaan sama seperti Drogba pada masa akan datang?

Foto Kredit : FourFourTwo