Drinkwater Tidak Lupakan The Foxes

Jendela perpindahan Danny Drinkwater baru-baru ini bernilai £35 juta (RM193.2 juta) sekaligus menandatangani kontrak lima tahun dengan The Blues.

Walaupun telah berpindah ke pasukan Chelsea, Drinkwater tidak pernah melupakan bekas kelabnya, Leicester City.

Drinkwater, 27, berkata dia melalui pelbagai pahit manis bersama pasukan itu dan berasa bangga dapat menyarung jersi kelab terbabit.

“Selama lima tahun saya beraksi di kelab tersebut,  saya berasa bangga dapat menyarung jersi Leicester. Kelab itu sangat hebat kerana tidak lokek untuk membantu.

“Saya berterima kasih kepada pemilik kelab, peminat, rakan sepasukan dan jurulatih sepanjang saya di sana.

“Apa yang kita lalui bersama sangat luar biasa dan memori itu akan kekal di hati dan tidak dapat saya melupakannya,”ujarnya.

Tambahnya, keputusan untuk berhijrah bukan sesuatu yang mudah dan dia mengambil cabaran ini untuk menimba pengalaman yang baru.

Untuk rekod, Drinkwater telah meledak 14 gol dalam 218 penampilannya bersama The Foxes.

Foto Kredit: Chelsea FC