Connect with:




Alex Telles tidak mensia-siakan penalti yang diberikan selepas ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam masa tambahan membawa FC Porto ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mengalahkan AS Roma 3-1  dengan kelebihan agregat 4-3.

Sebelum itu, Francisco Soares menjaringkan gol untuk Porto mendahului pada minit ke-26, tetapi Daniele De Rossi berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti selepas Eder Militao mengasari Diego Perotti dalam kotak penalti. Rossi tidak mempunyai banyak masalah untuk menewaskan Iker Casillas pada minit ke-37.

Moussa Marega kembali membawa Porto mendahului  pada awal babak kedua untuk menyamakan kedudukan 3-3 secara agregat ketika penampilannya yang keenam di pentas Eropah. Perlawanan masa sebenar kekal dengan keputusan 2-1 dan 3-3 secara agregat memaksa perlawanan diteruskan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Roma mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan dan juga mempunyai rayuan penalti sendiri yang tetapi ditolak oleh pengadil.

Pada minit ke-117 Alex Telles menyempurnakan tendangan penalti itu selepas Alessandro Florenzi mengasari pemain Porto untuk memberikan Porto kemenangan agregat 4-3 dalam pusingan 16 membolehkan Porto layak ke pusingan suku akhir.

Pertahanan Roma, Kostas Manolas berkata mereka menyangka mereka telah memenangi penalti apabila Moussa Marega mengasari Patrik Schick tetapi tidak dihiraukan oleh pengadil.

“VAR ada di sana dan dia tidak pergi dan melihatnya. Bagi saya, ia adalah satu penghinaan, sentuhan itu jelas, saya tidak faham mengapa perkara-perkara ini selalu berlaku kepada kami,” katanya. –ESPN

Foto : FC Porto Website