Connect with:




Borussia Dortmund gagal untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik selepas tumpas di tangan Real Madrid 3-2 dalam perlawanan kumpulan H Liga Juara-juara eropah awal pagi tadi.

 

Pierre Emerick Aubamenyang berjaya menjaringkan dua gol bagi pasukan Dortmund selepas mereka terikat seri dua sama, namun beberapa minit sebelum tamat separuh masa kedua Lucas Vasquez berjaya menjaringkan gol kemenangan Real Madrid 3-2.

 

Dengan penyingkiran itu, pasukan kendalian Peter Bosz layak secara automatik kepusingan kalah mati dalam saingan Liga Europa sekali gus memburu misi baharu dengan merebut piala tersebut.

 

Antara pencapaian pasukan Borussia Dortmund dalam sejarah bola sepak pasukan mereka.

Foto Kredit: Bundesliga Fanatic

  1. Bundesliga champions:1994/95, 1995/96, 2001/02, 2010/11, 2011/12
  2. DFB Cup Winners:1964/65, 1988/89, 2011/12
  3. German Supercup winners:1989/90, 1995/96, 1996/97, 2013/14, 2014/15
  4. UEFA Champions League winners:1996/97
  5. European Cup Winners’ Cup winners:1965/66
  6. Intercontinental Cup winners:1997/98