Connect with:




DOHA: Tiket suku akhir Terbuka Qatar diisi pemain pilihan utama, Dominic Thiem setelah berjaya menumpaskan Aljaz Bedene 7-5 6-4, semalam.

Rata-rata pemain pilihan tersingkir di pusingan kedua di Kejohanan Terbuka Qatar.

Pemain Slovenia, Bedene menyelamatkan 12 daripada 15 mata penamat untuk memberikan tekanan kepada pemain Austria itu tetapi pemain nombor lima dunia berkenaan tetap berjaya muncul pemenang dan menjadi satu-satunya pemain pilihan yang masih tinggal.

Pemain pilihan kelima, Richard Gasquet tewas mengejut 6-3 6-4 di tangan bintang Greece, Stefanos Tsitsipas dan pemain berusia 19 tahun dari Athens itu bakal bertemu Thiem di suku akhir.

Pilihan ketujuh, Fernando Verdasco tumbang 6-4 3-6 6-4 kepada pemain Russia, Andrey Rublev manakala pilihan kelapan, Feliciano Lopez dikejutkan 6-4 7-6(2) oleh pemain Bosnia, Mirza Basic.

Di suku akhir, Rublev, 20, akan bertemu pemain Croatia, Borna Coric yang mengetepikan Carreno Busta di pusingan pertama manakala Basic bakal menentang Guido Pella selepas pemain Argentina itu mengalahkan Stefano Travaglia 7-6(4) 6-3.

Gael Monfils mengalahkan Jan-Lennard Struff 6-3 1-6 6-3 untuk mengisi satu lagi slot suku akhir dan akan menentang pemain Jerman, Peter Gojowczyk.-AFP

Sumber : Harian Metro
Foto Kredit : Twitter (@ThiemDomi)