Connect with:




Nasib berbeza dialami pemain ternama dunia dalam kejohanan Terbuka Austaria apabila juara Grand Slam 12 kali, Noval Djokovic tewas kepada pemain muda Korea Selatan Chung Hyeon  pada pusingan keempat.

Ini merupakan kejohanan pertama beliau selepas enam bulan kerana melakukan pembedahan siku dan melakukan sesi ‘recovery’ dengan harapan akan kembali selaku  pencabar utama dalam mana-mana kejohanan namun beliau terpaksa akur dengan masalah kecederaannya.

Kecederaan yang dialami trmasuklah kecederaan pinggul oleh Djokovic terus menghantui permainan beliau dan sukar untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang dilaluinya.

Pada masa yang sama, pemain yang berada di ranking nombor satu, Rafael Nadal yang pernah menjurai Terbuka Austaria pada 2009 meneruskan kemaraan ke suku akhir dan akan bertemu dengan Marin Cilic yang berada di kedudukan nombor 6 dunia.

Roger Federer juga melayakkan diri ke suku akhir dan dijangka tidak akan hadapi masalah besar untuk ke separuh akhir apabila akan bertemu dengan pemain ranking ke-19 dunia iaitu Tomas Berdch.

Foto Kredit : Austaria Open