Connect with:




Jaguh tenis nombor 10 dunia, Novak Djokovic berjaya melakar sejarah apabila menewaskan Roger Federer dalam perlawanan akhir Cincinnati Masters, semalam.

Djokovic terpaksa bekerja keras untuk mengatasi pemain nombor dua itu hingga percubaan keenam dengan kemenangan 6-4, 6-4 sekaligus menjadikannya sebagai pemain pertama yang memenangi kesemua sembilan acara Masters 1000, dan diberi gelaran ‘Golden Masters ‘.

Selepas membolot dua mata terhadap Federer dalam perlawanan pembukaan, Djokovic memperoleh kemenangan bermakna dalam tujuh perlawanan untuk menuntut set pertama.

Berikutan pertukaran awal di set kedua, dia sekali lagi berjaya membuat pukulan depan di bawah garis seterusnya mencipta kemenangan yang bersejarah.

Djokovic memberitahu pencapaian tersebut sememangnya sangat bermakana buat dirinya.

“Sudah tentu ia merupakan momen sangat istimewa untuk berdiri di sini dan kali pertama menjulang trofi kemenangan di sini, di Cincinnati.”

“Tempoh sukar yang saya lalui, perjalanan karier saya yang pasang surut ditambah dengan kecederaan hingga terpaksa menjalani pembedahan pada awal tahun ini akhirnya berbaloi dan terbayar juga,” katanya.

Sementara itu, Federer dengan rasa rendah diri memuji Novak dan mengucapkan tahniah kepadanya.

“Syabas buat Novak yang mencipta sejarah pada hari ini. Ia merupakan usaha yang luar biasa bukan sahaja hari ini tetapi  secara keseluruhan dalam karier anda sehingga ke tahap ini.keseluruhan karier anda sampai ke tahap ini. Anda harus berasa bangga.” Ujar Federer.

Foto Kredit: Tennis World USA


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik https://duniasukan.com/my-account/