Connect with:




Bagi kebanyakan penggiat aktiviti lasak, kamera aksi adalah satu kelengkapan yang perlu ada bagi merakamkan aksi terbaik untuk tatapan diri sendiri mahupun umum.

Di pasaran ketika ini, GoPro menjadi pilihan utama selain beberapa jenama lagi seperti Sony dan Garmin yang turut mempunyai kamera aksi untuk pilihan pengguna.

DJI yang sebelum ini terkenal dengan produk dron dan gimbal kamera telah mengeluarkan kamera aksi pertama mereka yang dikenali sebagai DJI Osmo Action.

Mempunyai dual skrin depan dan belakang, Osmo Action menggunnakan sensor CMOS 12 megapixel – mampu merakamkan video 4k pada kadar 60fps.

Selain itu, kamera ini turut mempunyai fungsi anti-gegaran RockSteady, lebih kurang seperti Hypersmooth untuk kamera Gopro Hero 7.

Ia juga boleh merakam video slow motion sehingga 8 kali tahap perlahan, disertakan sokongan Wifi dan bluetooth serta kalis air.

Setakat ini, harga bagi pasaran antarabangsa seperti yang telah dikeluarkan dalam laman web rasmi DJI ialah USD 349 bersamaan RM 1454.00

Jika anda memang seorang pengguna kamera aksi tegar seperti GoPro Hero, Sony FDR X3000 atau Garmin Virb, adakah anda akan membuat pertimbangan untuk membeli serta menggunakan Osmo Action sebagai kamera aksi utama?