Connect with:




Setelah menempa kejayaan di Hong Kong dan Singapura, larian eksplorsi bandar terkenal di dunia, District Race kini singgaj di Malaysia.

Menggunakan teknologi dan applikasi pintar telefon bimbit, District memberikan pengalaman berbeza Kepada pengguna untuk menjelajah bandar dalam sebuah perlumbaan.

Peserta boleh menggunakan aplikasi District Race sebagai panduan menjelajah dan mengumpul mata sebanyaj mungkin dengan melepasi stesen hentian maya.

Tiada laluan dan jarak ditetapkan oleh itu peserta bebeas mengatur strategi dengan cara tersendiri.

Bagi menambah kehangatan penggunaan aplikasi ini, District akan menganjurkan District Race di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 3 November ini. Acara tersebut dibawakan khas oleh AIA Vitality selaku penaja utama.

Sebelum acara utama berlangsung, beberapa siri komuniti akan diadakan di empat bandar iaitu Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Sementara itu, District Race akan melancarkan Ultimate Explorer Challenge untuk menggalakkan orang ramai menjelajah dan meningkatkan tahap kecergasan. Peserta yang mengumpul mata tertinggi dengan melengkapkan grid District dari 17 Jun hingga 2 November akan diberi ganjaran iaitu trip mengelilingi dunia dimana mereka berpeluang mencuba District di lebih dari 15 bandar seluruh dunia.

Applikasi District Race boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Bagi mereka yang berminat dengan perlumbaan District Race pada 3 November ini, layari www.exploredistrict.com