Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) telah menggantung Atlet olimpik negara, Mohd Hafifi Mansor atas sebab kegagalannya dalam ujian doping.

Sampel urin yang telah dianalisis mengandungi Oxymetholone, bahan steroid sintetik anabolik dan androgenik pada 11 Oktober lalu.

Atlet angkat berat itu digantung buat sementara waktu oleh Timbalan Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS).

Mohd Hafifi dipercayai gagal ujian doping pada Mac lepas.

Sebelum itu, Mohd Hafifi digugurkan dari Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas akibat kecederaan paha kiri yang dialaminya ketika latihan di China, Julai lepas.

Mohd Hafifi meleburkan rekod kebangsaan di Sukan Rio 2016 dalam acara 69kg dengan berat bebanan sebanyak 316kg berbanding 313kg pada Kejohanan Dunia Perancis 2011.

Hafifi merupakan sasaran negara dalam mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Autralia. – Malaysiakini

Foto Kredit: Instagram Hafifi Mansor