Jaringan tunggal Diego Costa sudah cukup untuk membawa Atletico Madrid ke perlawanan akhir Liga Eropah (UEL) setelah mengetepikan Arsenal dengan agregat 2-1 dalam perlawanan separuh akhir UEL awal pagi tadi.

Kekalahan ini sudah tentu mengecewakan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang ingin mengakhiri detik perpisahan beliau dengan kejayaan namun ia tidak terjadi. Nampaknya Arsenal musim depan akan bermain dalam saingan UEL sekali lagi. Tabahlah wahai Arsenal.

Video Kredit : Stadium Astro
Foto Kredit : Atlético de Madrid