Connect with:




Pengendali Jerman, Joachim Loew berkata, mereka akan berkunjung ke Wembley, England untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang England pada sabtu ini, perlawanan ini juga dianggap sebagai eksperimen buat Loew untuk mendapat kesebelasan utama yang terbaik menjelang kempen Piala Dunia 2018.

 

Dia juga akan memberi peluang kepada muka baru untuk membuktikan keupayaan mereka bagi merebut tempat di dalam skuad Jerman.

 

Seperti yang kita tahu, pada Piala Dunia Brazil 2014, Jerman dinobatkan sebagai juara pertandingan yang berprestij ini.  Dengan kemenangan itu, rekod bagi skuad Jerman  adalah memenangi Piala Dunia sebanyak empat kali sekali gus merapatkan jurang dengan juara lima kali, Brazil.

 

Pasukan Jerman memang sudah tidak asing lagi dengan permainan bola sepak, kerana mereka dari dulu hingga kini masih kekal konsisten dari segi mutu permainan dan mengekalkan kejuaraan.

 

Berikut adalah senarai nama pemain Jerman yang banyak membuat penampilan antarabangsa bersama pasukan Jerman;

 

  1. Lothar Matthaus.

Foto Kredit: wikipedia

  • Lothar Matthaus telah berjaya membuat penampilan antarabangsa paling banyak buat pasukan Jerman dengan jumlah 150 kali penampilannya dari tahun 1980-2000.

 

  1. Miroslav Klose.

Foto Kredit: wikipedia

  • Bagi penyerang sensasi Jerman ini, dia telah membuat penampilan antarabangsa bersama pasukan Jerman sebanyak 137 kali dari tahun 2001-2014.

 

  1. Lukas Podolski.

Foto Kredit: wikipedia

  • Pemain tinggi lampai ini pula telah membuat penampilan antarabangsa sebanyak 130 kali dari tahun 2004-2017.

 

  1. Bastian Schweinsteiger.

    Foto Kredit: wikipedia

 

  • Bagi pemain yang berhijrah ke Manchester United ini pula telah melakukan penampilan antarabangsa bersama skuad Die Manschaft sebanyak 121 kali sejak tahun 2004-2016.

 

  1. Philipp Lahm.

Foto Kredit: zimbio

  • Pemain pertahanan ini pula telah membuat penampilan sebanyak 113 kali selama 10 tahun bersama pasukan Jerman dari 2004-2014.

 

Foto Kredit: indianexpress