Connect with:




Selepas memenangi penalti penuh kontroversi ketika pasukannya Crystal Palace terikat 2-2 bertemu Arsenal, Ahad lalu, Wilfried Zaha memberitahu beliau menerima tohmahan dan juga ancaman berbaur perkauman bukan saja terhadap dirinya tetapi keluarganya turut terpalit isu itu.

Penyerang Ivory Coast itu dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka di hujung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan sepakan penalti itu disempurnakan Luka Milivojevic bagi memastikan rekod bersih 11 kemenangan buat The Gunners lebur.

Xhaka yang ditemui sesudah perlawanan mengakui bahawa kekasaran yang beliau keatas Zaha memang seharusnya dihadiahkan penalti.

Akibat pernah beberapa kali terpalit kontroversi menjatuhkan badan, peminat di media sosial tampak tidak menghiraukan kenyataan Xhaka yang beranggapan bekas pemain Manchester United sengaja melakukan ‘dive’.

Menyedari keadaan itu, Zaha menerusi laman Instagramnya tampil mempertahankan diri termasuk mendedahkan ancaman perkauman yang diterima beliau dan keluarga semakin parah.

“Walaupun dibenci anda semua, kehidupan saya masih baik, cuma mereka di dalam padang tahu apa yang terjadi, saya tidak melakukan ‘dive’.

“Bagi semua yang bersikap perkauman dan mendoakan kematian keluarga saya, saya mendoakan yang terbaik buat kalian dan keluarga,” tulisnya di laman Instagram milik beliau.

 

Foto : AFP

Sumber : The Guardian