Connect with:




Yokohama, selaku Rakan Rasmi juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA iaitu Chelsea FC, gembira untuk membawakan legenda kelab, Didier Drogba ke Malaysia, pada 8 Disember, 2018.

Acara unik bersama peminat ini akan dihadiri oleh legenda Chelsea dan duta Yokohama, Didier Drogba, antara penyerang terbaik dari benua Afrika dan juga dunia.

Pernah memenangi 12 trofi utama semasa dua kali bersama di kelab itu (2004-2012 dan 2014-15), Drogba adalah bintang global sejati dan juga menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

 Peminat Chelsea boleh bertemu legenda mereka, Didier Droga dalam salah satu daripada sesi bersama peminat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Ia akan dihoskan oleh Amanda Chaang bermula pukul 12.30 tengahari. Terdapat juga beberapa acara sampingan seperti persembahan freestyler bola sepak dan banyak lagi.

Kepada peminat Chelsea dan Drogba, jangan lepaskan peluang bertemu lagenda anda.